Salam Tuan blog,
Terus kepada poin yg ingin disampaikan.
1) Kenapa cuma 44 hari?. Blog adalah usaha yg berterusan. Jangan jadikan ini usaha yg bersifat jangka pendek. Jika jujur, teruskan blog ini.
2) Apakah tujuan blog ini? Ianya tidak jelas.
3) Pemuda UMNO saya perhatikan tidak lagi mempunyai perancangan dan peranan jangka panjang yg boleh diterima oleh demografik penduduk yg disasarkan. Banyak dari prinsip yg dilaungkan berbunyi slogan slogan yg tidak banyak bermakna. Pemimpin Pemuda lebih banyak berusaha membuat percaturan untuk mendapat kerusi yg lebih tinggi. Ini amat lah ketara.2) Pemuda UMN tidak mempunyai daya tahan untuk mendengar kritikan. Banyak kritikan di istilahkan mudah mudah sebagai tidak membina dan di tolak mentah mentah.
4) Tapuk pentadbuiran Pemuda UMNO masih bermodelkan hiararki. Ini satu struktrur pentadbiran yg usang dan tidak tangkas.
5) Pemuda UMNO tadak berani mencarta jalan sendiri. Banyak jalan jalan yg di ambil adalak serpihan jalan UMNO itu sendiri. Jalan jalan yg bersifat holistik dan menjurus kepada kebaikan rakyat tidak diperjuangkan sepenuh hati.
6) Pucuk pimpinan Pemuda UMNO masih terperangkap dengan kaitan keluarga , kaitan percaturan politik dan kaitan denagn personaliti.
7) Pucuk pimpinan banyak memainkan rhetorik untuk menyampaikan mesej. Usaha dan daya membantu rakyat diu akar umbi adalah lebih bermakna untuk rakyat kebanyakkan.
Secara peribadi, saya tidak lihat Pemuda UMNO mempunyai wadah yg boleh membantu rakyat sekiranya tampuk sekarang dikekalkan.Satu revolusi perjuangan baru perlu di ambil dan di terapkan.
Berani atau tidak. Itu persoalan nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment